Katanya Kau Seorang Pejuang…

Satu puisi yang menarik dan penulis ingin berkongsi dengan semua pembaca agar dapat sama-sama bermuhasabah diri..

Katanya Kau Seorang Pejuang

katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu
Read more

Pemimpin pendapat…

Pandangan atau pendapat seseorang itu kebanyakannya dipengaruhi oleh persekitarannya, tahap kefahamannya, orang yang disukainya, orang yang dihormatinya atau orang yang sentiasa rapat dengannya. Justeru itu, boleh dikatakan, faktor-faktor yang disebutkan tersebut merupakan pemimpin pendapat kepada seseorang dalam menentukan cara ia berfikir tentang sesuatu perkara.

Kebanyakan individu itu cenderung mengikut pendapat kedua ibu bapanya, apa sahaja pendapat ibu bapanya maka itulah pendapatnya. Menentukan sesuatu perkara dengan mengikut pendapat ibu bapa merupakan satu perkara yang baik, selagi mana pendapat tersebut tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam.  Sebagai contoh, ibu bapa yang amat menekankan kepada sumber pendapatan yang berkat dan halal atau penekanan ibadah dalam keluarga akan mempengaruhi cara berfikir anaknya untuk berpendapat sedemikian juga dalam mencari rezeki yang berkat dan halal serta banyak melakukan amal ibadah. Begitu jualah dengan ibu bapa yang tidak menekankan aspek-aspek tersebut, ia akan menyebabkan anak-anaknya juga yang mengikut pendapat ibu bapanya bahawa perkara itu tidak penting dan apa yang lebih penting ialah bagaimana mendapat duit yang banyak tidak kira samada ianya halal maupun haram. Oleh yang demikian, peranan ibu bapa dalam membentuk pendapat dalam diri anak-anak dilihat merupakan perkara yang amat penting dan perlu dititik beratkan kerana mereka adalah pemimpin pendapat yang paling utama dan asas pembentukan sikap dan pemikiran di dalam keluarga dan diri anak-anak. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadits Riwayat al-Bukhari)

Read more

Perubahan…

“(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” (Surah Ali-Imran : 8).

Sesungguhnya manusia itu boleh berubah. Kata-kata ini amatlah benar kerana terdapat pelbagai perkara yang dapat membuatkan sikap manusia itu berubah. Manusia dapat berubah dari bersikap buruk kepada baik, baik kepada buruk dan kadangkala naik turun sikapnya, terkadang baik dan terkadang kurang baik. Berdasarkan kepada firman Allah s.w.t di dalam surah Ali Imran tersebut, menjadi bukti bahawa hati-hati manusia itu boleh berubah, dan perubahan hati ini akan menyebabkan berlakunya perubahan sikap dan tingkahlaku seseorang manusia itu terhadap banyak perkara. Begitu jua dengan perubahan persekitaran yang juga menyebabkan perubahan kepada hati manusia. Oleh yang demikian, kita disarankan agar sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t agar hati ini tidak dipesongkan setelah Allah s.w.t memberikan petunjuk hidayahnya kepada kita.

Read more

Memberi Nasihat…

Memberi nasihat yang baik itu merupakan amalan yang terpuji. Jika ditanya kepada sesiapa pun tentang perlukah kita memberi nasihat, pasti ramai yang akan mengatakan “ya ! perlu” dan kepentingan dalam memberikan nasihat itu sangat jelas berdasarkan kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat- menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran. (Surah al-’Ashr: 1-3)

Read more

Nasihat…

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu,  kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.  Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan” . (Imam Hasan Al-Basri)

Kata-kata hikmah sebegini begitu terkesan kepada diri penulis apabila membacanya. Jelas terasa, ulama yang mengungkapkannya itu begitu ikhlas dalam menyampaikan nasihat. Bagi penulis terdapat dua sudut yang dapat dilihat berdasarkan kata-kata tersebut iaitu :-

  • Menerima nasihat untuk diri sendiri; dan
  • Memberikan nasihat kepada orang lain. Read more

Gurindam 12…

Apabila membaca gurindam 12 ini membuatkan diri penulis merasakan betapa hebatnya ilmu agama dan sastera yang terdapat dalam diri pencipta gurindam ini iaitu seorang tokoh ulama serta sasterawan yang terkenal iaitu Raja Ali Haji Bin Raja Haji Ahmad. Beliau di lahirkan pada tahun 1808 – 1873 masihi. Merupakan seorang ulama, ahli sejarah dan juga seorang pujangga yang hebat. Karyanya yang berjudul Gurindam 12 ini diterbitkan pada 1847 masihi. Gurindam ini begitu mendalam maknanya mempunyai pelbagai maksud yang tersurat dan tersirat, membuatkan penulis berfikir dengan lebih mendalam apabila membacanya. Indah gurindamnya, dalam maknanya, nasihat dalam berpunjangga.

Read more

Ilmu dengan membaca…

Membaca dan ilmu pastinya sukar untuk dipisahkan. Menghuraikan sesuatu ilmu pastinya akan merujuk kepada kitab yang dibaca. Mempertahankan pendapat juga pastinya berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran, sunnah ataupun pandangan tokoh-tokoh ulama yang pakar dalam bidang al-Quran dan hadits. Justeru itu, pembacaan boleh dikatakan merupakan sumber datangnya sesuatu ilmu. Oleh itu, seseorang yang rajin membaca pastinya mendapat pelbagai ilmu.

Ilmu juga boleh didapati dengan tidak membaca secara terus, namun mendengar daripada seorang yang faqih tentang sesuatu ilmu itu yang membicarakan berkenaan kitab yang dibaca. Kaedah ini dipanggil membaca dengan berguru. Ada yang membaca dengan berguru, ada juga yang tidak membaca dan hanya mendengar. Walau apa kaedah sekali pun dapat di fahami bahawa sumber asal adalah dari bacaan jua. Oleh yang demikian, benarlah ayat al-Quran yang pertama diturunkan menyuruh dan menyeru manusia sarwajagat agar membaca. Bacaan yang paling utama pastinya dari firman yang maha benar iaitu al-Quran nur karim.

“(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. ( Surah Al-’Alaq :1-5 )

 

Read more

Bermulanya Di sini…

Setiap perkara itu pasti dimulakan dengan sesuatu maksud yang tertentu. Dalam kata yang lebih mudah, setiap perkara yang dilakukan pastinya dimulai dengan sesuatu niat yang tertentu. Ada pun kenyataan ini bersandarkan kepada hadis yang menjadi satu pertiga daripada Islam iaitu

” Hanya segala amal dengan niat, dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barang siapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu. ” ( Hadits Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Read more

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.